Arsenal sedia dapatkan Torreira - Bola Sepak | mStar

Arsenal sedia dapatkan Torreira

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2018 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

UNAI Emery terus sibuk untuk menukar landskap baharu skuad Arsenal.

Pengurus baharu The Gunners itu akan meneruskan perbincangan perpindahan pemain tengah Uruguay Lucas Torreira yang bernilai 25 juta pound.

Sampdoria dilihat bersetuju dengan nilai itu dan bakal mengumumkannya sebaik sahaja pemain itu tamat beraksi dalam saingan Piala Dunia.

Torreira antara pemain yang bermain penuh ketika Uruguay menewaskan Portugal dalam aksi kemenangan 2-1 saingan kalah mati awal pagi ini.

Minggu lalu Presiden Sampdoria Massimo Ferrero mengesahkan bahawa Torreira bersedia untuk tinggalkan kelab.

"Torreira akan pergi dengan nilai 26 juta pound.

"Saya membelinya dari Pescara ketika semua orang tidak mempercayainya. Kami memperjudikan nasib dan menang, hanya membayar tiga juta pound.

"Jadi wang yang kami dapat itu amat perlu untuk meningkatkan sumber kewangan kelab.

"Jika kami mendapat tawaran yang tinggi, saya akan terima tetapi tidak perlu menjual pemain dengan harga tawaran murah," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Unai Emery , Arsenal , Lucas Torreira
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan