Liverpool cari Salah yang baru - Bola Sepak | mStar

Liverpool cari Salah yang baru

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2018 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA pegawai eksekutif Liverpool, Peter Moore berkata kelab itu sedang mencari "Mohamed Salah" yang seterusnya walaupun memiliki pemain pertahanan termahal dunia, Virgil van Dijk.

Selepas menyertai kelab itu dengan bayaran £37 juta (RM195 juta), Salah menjadi antara pemain terbaik dunia dengan rekod 50 gol buat Liverpool pada tahun 2017/18.

Pemain kelahiran Mesir itu memecahkan rekod penjaring gol terbanyak dalam 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila menyumbat sebanyak 32 gol pada musim lalu dan memenangi banyak anugerah individu.

Walaupun Virgil van Dijk telah menyertai Reds dengan harga £75juta (RM396 juta) pada Januari, kelab itu masih mencari bakat baharu yang tidak berisiko seperti Salah.

"Kami berada pada kedudukan jika anda bukan pasukan yang bernilai £500juta (RM2.6 bilion), anda tidak akan menang mana-mana perlawanan.

"Dan kemampuan kami untuk berdiri setanding Manchester United, Barcelona, PSG dan Real Madrid yang mempunyai model perniagaan berbeza menjadi semakin rumit kerana jika kami tidak mengejar mereka, kami tidak akan dapat bersaing.

"Kami bangga menjadi pemilik pemain pertahanan termahal dunia. Tapi wang itu perlu dicari daripada mana-mana sumber.

"Untuk tujuan itu, pertumbuhan kelab menjadi semakin kritikal. Kenapa? Sebab kami melabur dalam kelab ini.

"Fokus utama kami adalah untuk setiap pound sterling, euro, dan dollar yang diberikan kepada Jurgen Klopp untuk melatih pemain dan pengarah sukan disalurkan kepada pemain terbaik.

"Pergi cari Mohamed Salah yang seterusnya.

"Ini semua bukan murah. Ia permain berisiko tinggi dan memerlukan sumber kewangan masuk pada setiap masa," kata Moore. - Rousing The Kop

Tags / Kata Kunci: Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan