Man United, Man City rebut Kylian Mbappe - Bola Sepak | mStar

Man United, Man City rebut Kylian Mbappe

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2018 9:34 AM

Kylian Mbappe. Foto AP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bersedia untuk bersaing dengan Manchester City dan Real Madrid untuk mendapatkan pemain handalan, Kylian Mbappe.

Pemain berusia 19 tahun itu menghabiskan musim lalu menerusi pinjaman di Paris Saint-Germain sebelum mengikat perjanjian secara tetap bernilai £166 juta (RM881.4 juta) dari Monaco pada musim panas ini.

Tetapi selepas menghabiskan £198 juta (RM1.05 bilion) untuk Neymar tahun lalu, PSG disiasat berhubung isu kewangan membabitkan Liga Juara-Juara, dan berdepan dengan jumlah denda yang banyak sekiranya didapati bersalah.

Manchester United memantau kemungkinan kesan daripada perjanjian PSG dengan Monaco dan telah menyuarakan minat mereka terhadap Mbappe, kepada penasihat pemain muda itu.

Manchester City telah pun diketahui bahawa pengurusnya, Pep Guardiola ingin mengambil Mbpape untuk pasukannya.

Manchester United akan bersedia untuk mengorbankan pemain Anthony Martial sebagai sebahagian daripada pertukaran, dengan nilai pemain kira-kira £80 juta (RM424.75 juta).

Ia akan menyaksikan Manchester United perlu menambah sejumlah besar lagi untuk memeterai perjanjian dengan Monaco sekiranya PSG menarik balik kontrak persetujuannya dengan kelab Perancis itu. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Kylian Mbappe
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan