Ronaldo mahu tinggalkan Real, mungkin akan sertai United - Bola Sepak | mStar

Ronaldo mahu tinggalkan Real, mungkin akan sertai United

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 4:36 PM

Gambar dari Reuters.

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO RONALDO menikmati musim yang cemerlang di Bernabeu dalam membantu pasukannya memenangi gelaran Liga Juara-Juara buat tiga kali berturut-turut setelah menewaskan Liverpool pada hujung bulan lalu.

Susulan kemenangan itu, pemain berusia 33 tahun itu memberikan bayangan tentang masa depannya: "Dalam beberapa hari saya akan berikan jawapan kepada penyokong yang sentiasa berada di sisi saya.

"Ia sangat menyeronokkan berada di Real Madrid, saya akan beritahu dalam beberapa hari lagi," katanya.

Kenyataan itu mencetuskan spekulasi bahawa dia akan pulang ke Old Trafford dan bersatu semula dengan bekas bos Real, Jose Mourinho.

Laporan media Sepanyol mendedahkan Ronaldo telah membuat keputusan berhubung perkara itu.

Menurut Diario Gol, Luka Modric memberitahu Ronaldo tidak berhasrat untuk kekal di Real dan mungkin akan menyertai United musim panas ini.

PSG turut dikaitkan menjadi kelab yang akan disertai oleh pemain Portugal itu.

Dalam perkembangan lain, Ronaldo berjaya menyumbat empat gol dalam dua perlawanan pertama Piala Dunia 2018.

Pemain itu akan beraksi mewakili Portugal menentang Iran pada Isnin, di mana satu mata akan membawa mereka ke peringkat kalah mati. - Daily Star UK

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan