Xhaka kekal dengan Arsenal - Bola Sepak | mStar

Xhaka kekal dengan Arsenal

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2018 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL mengesahkan Granit Xhaka telah menandatangani kontrak baharu bersama kelabnya.

Xhaka,25, menyertai The Gunners dari Borussia Monchengladbach pada Mei 2016 dan menjadi pemain tengah yang sentiasa dalam senarai utama.

Pengurus baharu kelab, Unai Emery berkata: “Saya gembira Granit telah menyambung kontrak dengan kami.

“Dia adalah salah seorang pemain dalam skuad dan masih muda serta boleh meningkat lebih banyak. Saya berharap dia sukses bersama Perancis dalam aksi Piala Dunia ini dan kembali dengan lebih cergas untuk musim baharu.”

Kontrak baharu Xhaka ditawarkan selepas seorang lain pemain muda, Ainsley Maitland-Niles turut komited untuk terus bersama kelab.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Granit Xhaka
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan