Mourinho simpati terhadap De Gea - Bola Sepak | mStar

Mourinho simpati terhadap De Gea

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2018 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United bersimpati dengan David de Gea berikutan kesiapannya ketika aksi seri 3-3 pada perlawanan Piala Dunia awal pagi Sabtu.

De Gea yang beraksi bersama Sepanyol gagal menyekat tiga gol jaringan pemain Protugal, Cristiano Ronaldo.

Jose Mourinho mengakui situasi itu boleh berlaku dan berharap De Gea dapat memperbaiki pada perlawanan seterusnya.


“Itu pemain saya, memang kecewa tetapi dia tahu kesilapannya.

“Dia tidak melakukan kesilapan itu ketika bersama kami dan dia telah menunjukkan prestasi menakjubkan sepanjang musim. Tetapi ia memang tetap berlaku kepada pemain terbaik.

“Apa yang penting, masih ada lagi perlawanan, jangan takut, yakin dan bersedia untuk kembali ke pasukan,” jelas Mourinho kepada Russia Today.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan