Jurulatih JDT nafi ada masalah dengan Safiq - Bola Sepak | mStar

Jurulatih JDT nafi ada masalah dengan Safiq

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2018 1:09 PM

Jurulatih Longhi (kiri) dan Safiq. Foto kredit: JDT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Raul Longhi menafikan beliau mempunyai masalah dengan salah seorang pemainnya.

Menurut Longhi, terdapat beberapa pihak yang cuba membuat andaian bahawa hubungannya dengan Safiq Rahim sedang berantakan.

"Ia adalah tidak benar sama sekali. Safiq adalah seorang pemain yang bagus. Tetapi sekarang dia mengalami kecederaan dan perlu mempertingkatkan kecergasan beliau.

"Tiada individu yang lebih tahu mengenai pasukan ini lebih daripada individu yang mencipta JDT. Kita semua tahu siapa individu tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Khamis.

Tambah Longhi,  semua keputusan pemilihan pemain bukan hanya terletak di tangannya.

"Jikalau anda semua mengatakan saya yang menyenaraikan barisan kesebelasan utama pasukan selama ini, atau mana-mana jurulatih yang pernah bekerja dengan JDT, anda silap.

"Di JDT, keputusan dibuat oleh Tunku Mahkota Johor sebagai pemilik kelab, pengarah sukan, pengarah teknikal, saya dan penolong saya.

"Itu sebab ramai jurulatih yang datang dan pergi di kelab ini tetap memenangi perlawanan kerana pasukan ini bukan bergantung kepada jurulatih sahaja tetapi pasukan ini bergantung kepada semangat kesukanan satu keluarga dan seorang individu yang berdiri di belakang kami semua.

"Kesemua pemain JDT tahu mereka bermain untuk siapa. Mereka bermain untuk keluarga tersayang, kelab dan ‘The Boss’. 

"Sebab itu jikalau ada pihak mempersoalkan kenapa saya tidak meletakkan Safiq dalam pasukan, ia bukan keputusan saya dan saya tidak perlu terangkan itu keputusan siapa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: JDT , Raul Longhi , Safiq Rahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan