Hamidin, Annuar sah rebut jawatan Presiden FAM - Bola Sepak | mStar

Hamidin, Annuar sah rebut jawatan Presiden FAM

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 7:49 AM

Annuar (kiri) dan Hamidin. Foto Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan secara rasmi sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden FAM.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, borang pencalonan Annuar yang diterima pagi Selasa sekali gus bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan yang dikosongkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Sudah pasti kini terdapat dua calon apabila Pengerusi Institut Sukan Negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menarik diri dan menghantar surat penolakan menerima pencalonan.

"Bagaimanapun, kedua-dua calon ini masih mempunyai tempoh untuk menarik diri sehingga hari terakhir pengundian meskipun telah menghantar borang setuju untuk bertanding. Misalnya seperti yang berlaku tahun lepas apabila Tan Sri Annuar menarik diri pada saat akhir," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu, Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United meraikan pemain dan kakitangan pengurusan pasukan itu selain anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa di Ayer Keroh di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Annuar bakal menghadapi cabaran sengit berdepan dengan Hamidin yang telahpun menerima 18 pencalonan daripada anggota gabungan badan induk itu, berbanding satu untuk Annuar.

Pada masa sama, Mohd Yusoff secara peribadi turut berharap agar tidak berlaku pertandingan bagi merebut jawatan nombor satu persatuan bola sepak itu lebih-lebih lagi negara baru sahaja menghadapi pilihan raya umum ke-14 baru-baru ini.

"Kita tengoklah sampai hari pertandingan nanti jika ada calon yang tarik diri, harapnya ada supaya tiada pemilihan. Saya kira majoriti penyokong atau peminat bola boleh melihat situasi ketika ini yang mana tidak sesuai untuk FAM adakan pertandingan.

"Saya rasa kalau ada calon yang berhasrat menarik diri, dialu-alukan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Hamidin Mohd Amin , Annuar Musa , FAM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan