Sudah pilih nombor jersi Liverpool sebelum rundingan gagal - Bola Sepak | mStar

Sudah pilih nombor jersi Liverpool sebelum rundingan gagal

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 7:44 AM

(Ubah saiz teks)

NABIL Fekir sudah memilih nombor jersinya bersama Liverpool sebelum perpindahan ke Anfield gagal dimuktamadkan.

Pemain berusia 24 tahun itu nyaris melengkapkan perpindahan ke Anfield tetapi Lyon mengesahkan pada petang Ahad bahawa rundingan itu sudah ditamatkan.

Nabil menjalani pemeriksaan kesihatan di Clairefontaine pada tengah hari Jumaat tetapi rundingan tidak diteruskan selepas Liverpool mengetahui mengenai tahap kecederaan di lutut kanan pemain tengah itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu pernah menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaaan ligamen pada September 2015.

Malah, Nabil melakukan pembedahan kedua pada lutut yang sama hampir setahun kemudian.

L'Equipe melaporkan Liverpool tidak berpuas hati dengan laporan perubatan Nabil dan mahu mempertimbangkan semula yuran perpindahan pemain itu dengan Lyon.

Pada Sabtu, Ketua Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet mendedahkan Liverpool cuba untuk mengurangkan harga Nabil.

"Ia sentiasa begitu apabila anda bercakap mengenai perpindahan, setiap kelab cuba untuk menaikkan atau menurunkan harga. Ia adalah sebahagian daripada permainan," katanya.

Pemain itu turut diturunkan dari bangku simpanan ketika Perancis terikat seri 1-1 dengan Amerika Syarikat (AS) pada petang Sabtu dan enggan ditemubual pemberita selepas tamat aksi persahabatan berkenaan.

Nabil melakukan 40 penampilan bersama Lyon musim lalu dengan menjaringkan 23 gol dan mencipta lapan peluang gol.

Tags / Kata Kunci: Nabil Fekir , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan