Aksi Liga M di bulan puasa bukan budaya tempatan - Bola Sepak | mStar

Aksi Liga M di bulan puasa bukan budaya tempatan

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Beraksi dalam perlawanan kompetitif pada  bulan puasa sudah menjadi kebiasaan bagi pemain bola sepak dari negara Timur Tengah, namun keadaan itu mungkin tidak sesuai bagi pemain tempatan.

Pendapat itu diluahkan ketua jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1), Irfan Bakti Abu Salim apabila diminta mengulas mengenai aksi Liga Malaysia (Liga-M) 2018 melibatkan saingan Liga Super dan Liga Premier yang terpaksa diteruskan pada bulan Ramadan ini.

Irfan berkata beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan perkara itu perlu dikaji semula oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan, termasuk membabitkan aspek kesihatan dan prestasi serta stamina pemain.

"Sebelum ini kita ketahui negara seperti Oman, Arab Saudi dan Qatar beraksi pada bulan puasa dan kita pun  pernah berlatih di sana dahulu, tetapi  pada saya budaya kita tidak sesuai terutama perlawanan hanya dimulakan pada 10 malam, ia tidak berapa baik untuk kesihatan pemain.

"Jadi kita mohon FAM ubah jadual perlawanan untuk musim depan supaya tiada perlawanan dijalankan pada bulan puasa,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Ketua Jurulatih pasukan PKNP, Abu Bakar Fadzim juga menyuarakan pendapat yang sama, apabila melihat kualiti permainan yang ditunjukkan pemain menurun apabila terpaksa bergelut untuk bermain selepas 10 malam.

Stamina pemain juga dilihat terjejas apabila ada pasukan yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk setiap perlawanan yang diadakan pada bulan Ramadan ini, katanya.

"Saya memang ada kongsi dengan jurulatih pasukan lain mengenai keadaan ini, memang kita lihat pemain terpaksa bergelut untuk sesuaikan diri dengan aksi pada bulan puasa....tenaga dan kualiti permainan turut terjejas ditambah pula terpaksa menempuh perjalanan jauh.

"Seperti  PKNP, sebelum ini gelanggang tuan rumah kita di Stadium Batu Kawan, (Pulau Pinang) tetapi lima perlawanan pertama kita semua bermain di tempat lawan...perjalanan  yang jauh agak memenatkan dan untuk  pemain kembali cergas mengambil masa.

"Jadi kita harap ada perubahan jadual pada musim depan. Dari  segi penonton juga kurang kerana ramai melakukan solat tarawih, jadi tidak  sempat ke stadium (menonton perlawanan)," katanya.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga M , Irfan Bakti Abu Salim
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan