Real Madrid sedia bida Neymar RM1.64 bilion - Bola Sepak | mStar

Real Madrid sedia bida Neymar RM1.64 bilion

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2018 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid bersetuju mengemukakan bidaan sebanyak 307 juta pound sterling (RM1.64 bilion) untuk menewaskan Manchester United bagi urusan perpindahan bintang Brazil, Neymar, lapor The Sun.

Neymar menjadi bintang paling termahal dalam sejarah pada musim panas lalu apabila berhijrah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan bidaan bernilai hampir 200 juta pound sterling (RM1.07 bilion).

Pemain berusia 26 tahun itu dikhabarkan akan meninggalkan PSG selepas tidak sebulu dengan bekas pengurus Unai Emery dan rakan pasukan, Edinson Cavani.

Dalam 35 perlawanan, musim Neymar bersama PSG lebih singkat apabila dia tidak beraksi lama kerana bergelut dengan kecederaan kaki.

Dia menjaringkan 27 gol sekali gus membantu PSG menjulang trofi Ligue 1.

Namun, Neymar dilaporkan tidak gembira di Paris dan mahu meninggalkan PSG jika ada tawaran lumayan dikemukakan terhadap dirinya.

Pada bulan lalu, United dilaporkan sedia memecah rekod perpindahan dunia terhadap Neymar memandangkan Jose Mourinho mahu memantapkan jentera serangan pasukan itu musim depan.

Namun Real Madrid masih menjadi kelab pertama yang bersetuju menawarkan bidaan tertinggi selain sedia memecahkan rekod perpindahan dunia pada musim panas lalu.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Real Madrid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan