Talisca dalam radar Manchester United - Bola Sepak | mStar

Talisca dalam radar Manchester United

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 5:58 PM

Kredit gambar: Getty Images.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United telah membuat bidaan rasmi ke atas Anderson Talisca, menurut beberapa laporan.

Talisca yang kini penyerang tengah Benfica menjadi sasaran tawaran bernilai £35juta (RM187 juta) daripada United.

Jose Mourinho bersedia untuk mengikat seorang pemain baharu pada musim panas ini.

Namun, dua kelab Liga Super China juga sanggup menawarkan nilai sama buat pemain itu, lapor O Jogo.

Talisca bermain sebanyak dua musim secara pinjaman di Besiktas, Turki dan berjaya menyumbat 37 gol dalam 80 penampilan.

Sementara itu, Benfica ingin melepaskan pemain berusia 24 tahun itu secara kekal musim panas ini.

Ejen Talisca dikatakan berada di Lisbon selama beberapa hari dan berharap keputusan mengenai masa depan kliennya dapat diputuskan dengan segera.

Besiktas mempunyai pilihan untuk menandatangani Talisca secara kekal musim panas ini dengan nilai £18 juta (RM96 juta), tetapi mereka perlu menghantar bidaan tersebut pada 31 Jun atau klausa perjanjian akan tamat.

Manakala, United telah pun menandatangani Diogo Dalot dari Porto dan tawaran kepada pemain tengah Brazil, Fred telah diterima oleh Shakhtar Donetsk selepas dia menyempurnakan perpindahan ke Old Trafford. - Talk Sport

Tags / Kata Kunci: Anderson Talisca
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan