Putera William bagi jaminan untuk lindungi skuad England - Bola Sepak | mStar

Putera William bagi jaminan untuk lindungi skuad England

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 3:23 PM

Putera William (tengah) bergambar bersama skuad England. - AFP.

(Ubah saiz teks)

DUKE of Cambridge berikrar akan mempertahankan pasukan England sekiranya mereka berdepan dengan isu perkauman ketika Piala Dunia berlangsung.

Putera William berjumpa dengan skuad tersebut sebelum pertembungan dengan Costa Rica pada Khamis malam dan berkata, beliau akan berdepan dengan pihak berkuasa Rusia tanpa ragu-ragu sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia dianjurkan, sistem pemantauan anti-diskriminasi akan dijalankan dalam semua perlawanan.

Para pengadil boleh memberhenti, menggantung atau membuang perlawanan yang melibatkan kelakuan diskriminasi.

Kesatuan Bola Sepak Rusia didenda sebanyak £22,000 (RM117,590) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kerana menyanyikan lagu bersifat perkauman ketika perlawanan persahabatan menentang Perancis di St Petersburg pada Mac lalu. - Mirror UK

Pemain pertahanan England, Danny Rose memberitahu keluarganya agar tidak berkunjung ke Rusia untuk menyokongnya.

Ketika berbual dengan pemain England, Putera William yang juga presiden persatuan bola sepak negara itu berkata: "Diharapkan tiada kejadian bersifat perkauman di sana. Semoga kita tidak menyaksikan sebarang kejadian sebegitu.

"Saya akan turun padang tanpa-ragu-ragu untuk menentangnya."

Tags / Kata Kunci: Putera William
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan