Liverpool mahu dapatkan Nabil Fekir sebelum Piala Dunia tapi... - Bola Sepak | mStar

Liverpool mahu dapatkan Nabil Fekir sebelum Piala Dunia tapi...

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 7:39 AM

Nabil Fekir. Foto AP

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL berdepan kesulitan dalam memuktamadkan perjanjian bernilai £53 juta (RM283 juta) bagi mendapatkan pemain Lyon, Nabil Fekir pada musim panas ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi sasaran utama Jurgen Klopp untuk jendela perpindahan kerana beliau percaya Fekir akan menjadi pengganti jangka panjang yang ideal untuk Philippe Coutinho.

Pengurus Liverpool itu mahu kesepakatan tersebut dimuktamadkan sebelum Piala Dunia.

Ia turut diharapkan oleh jurulatih skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, yang mana pasukannya akan berdepan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Lyon dilihat mengambil pendirian yang sukar, apabila presiden kelab itu, Jean Michel Aulas menunjukkan tanda-tanda tiada perkembangan terhadap perjanjian ke atas pemain itu.

"Kami belum menetapkan harga asas kerana kami belum membincangkannya," ujar Aulas. - Mail Online UK


Tags / Kata Kunci: Nabil Fekir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan