Brazil tunggu 24 jam ketahui nasib Fred - Bola Sepak | mStar

Brazil tunggu 24 jam ketahui nasib Fred

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 7:39 AM

Fred yang mengalami kesakitan sedang dirawat oleh pegawai perubatan. Foto AP

(Ubah saiz teks)

TIMBUL kebimbangan terhadap tahap kecergasan pemain tengah Brazil, Fred pada Khamis selepas dia tersingkir dari sesi latihan di pusat latihan Tottenham.

Fred, yang bersetuju dengan perpindahan £52 juta (RM278 juta) dari Shakhtar Donetsk ke Manchester United awal bulan ini, mengalami kecederaan pada buku lali sewaktu berdepan dengan pemain tengah Real Madird, Casemiro di padang.

"Hari ini Fred mengalami trauma di buku lalinya. Sudah terlalu awal untuk mengatakan, kita perlu melihat bagaimana perkembangannya dalam masa 24 jam yang akan datang," kata doktor, Rodrigo Lasmar ketika ditanya mengenai diagnosis lengkap pada petang Khamis.

"Dia mula menjalankan senaman selepas itu. Esok kIta akan tahu sama ada dia perlu diperiksa lagi atau tidak," tambah doktor.

Sesi latihan yang berlangsung selama 10 hari sebelum Brazil membuka perlawanan menentang Switzerland pada Piala Dunia di Rusia, diteruskan tanpa Fred.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kesakitan sebelum pegawai perubatan datang membantu merawatnya.

Tags / Kata Kunci: Fred
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan