Bekas pemain Chelsea ganti Conte? - Bola Sepak | mStar

Bekas pemain Chelsea ganti Conte?

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2018 8:07 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA telah mengadakan rundingan dengan Slavisa Jokanovic untuk menggantikan Antonio Conte di Stamford Bridge.

Maurizio Sarri merupakan calon pilihan untuk mengisi kerusi panas tersebut tetapi rundingan berkenaan gagal dimuktamadkan.

Difahamkan Luis Enrique kini menjadi calon pilihan untuk jawatan itu dengan beberapa laporan mendakwa Chelse akan mengumumkan bekas pengendali Barcelona itu  sebagai pengurus baharu Chelsea dalam tempoh beberapa hari lagi.

Namun, Gianluca Di Marzio melaporkan, Jokanovic yang juga pengurus Fulham akan dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea.

Jokanovic berjaya membantu Fulham untuk beraksi semula di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang ke atas Aston Villa pada playoff final, telah mengadakan rundingan dengan pegawai Chelsea pada Jumaat lalu.

Pengendali berusia 49 tahun itu akan mengadakan rundingan susulan dengan Chelsea hari ini.

Roman Abramovich mengenali Jakonovic sejak dia menjadi pemain Chelsea.

Chelsea masih belum menyelesaikan soal penamatan kontrak dengan Conte. 

Difahamkan pengendali dari Itali itu menuntut bayaran pampasan sebanyak 9 juta pound sterling sekiranya dia dipecat.

Laurent Blanc dan Avram Grant antara calon lain yang disenarai pendek untuk menggantikan Conte di Stamford Bridge.

Tags / Kata Kunci: Slavisa Jokanovic , Fulham , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan