Rakyat Malaysia tak perlu visa untuk saksi Piala Dunia di Rusia - Bola Sepak | mStar

Rakyat Malaysia tak perlu visa untuk saksi Piala Dunia di Rusia

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2018 8:07 AM

Kakitangan tuan rumah melayan pelanggan di pusat pengagihan FAN-ID Piala Dunia Fifa 2018 di Rostov-on-Don, Rusia. - Reuters

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan tidak perlu mendapatkan visa untuk ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di negara itu bermula pertengahan bulan ini.

Duta Rusia di Malaysia,Valery Yermolov berkata mereka hanya perlu membeli tiket perlawanan dalam talian yang membolehkan mereka mendapatkan identiti peminat atau FAN-ID yang berfungsi sebagai visa untuk masuk ke negara itu.

Beliau berkata peraturan itu turut diguna pakai untuk warga asing dan juga ekspatriat yang tinggal dan bekerja di Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan ke negara itu bagi menyaksikan kejohanan paling berprestij itu.

“Penonton dikehendaki memiliki FAN-ID, dokumen identifikasi sebagai peminat bola sepak dan ia boleh didapati secara percuma dalam talian ketika menempah tiket perlawanan,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Dokumen FAN-ID, yang bertindak sebagai visa, sah digunakan 10 hari sebelum Piala Dunia 2018 bermula dan 10 hari selepas perlawanan akhir.Piala Dunia 2018 akan berlangsung di 11 bandar raya di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , FAN-ID
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan