Emery giat 'bersih' pasukan - Bola Sepak | mStar

Emery giat 'bersih' pasukan

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2018 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

UNAI Emery kini mebuat 'pembersihan' dalam skuad baharunya, Arsenal.

Terbaharu, Emery dikatakan bakal menggantikan dua pembantu jurulatih Steve Bould dan Jens Lehmann kepada yang lain.

Menurut laporan The Sun, pengurus baharu itu akan membawa masuk barisan jurulatih dari Paris Saint-Germain (PSG) untuk bekerjasama di Stadium Emirates.

Juan Carlo Carcedo dan pablo Villa bakal menggantikan posisi Bould dan Boro Primorac sebagai pembantu jurulatih.

Jens Lehmann

Bould dijangka kekal bersama kelab sebagai 'orang tengah' antara Emery dan pemain-pemain bagi membantu skuad membiasakan diri dengan identiti baharu itu.

Manakala Lehmann, yang dikatakan orang kuat Wenger tidak akan kekal dengan posisinya sebagai jurulatih penjaga gol selepas Javi Garcia mengesahkan akan menggantikan Gerry Peyton.

Arsenal akan mengenal pasti peranan baharu untuk Lehmann.

Emery,46, yang menggantikan legasi 22 tahun Arsene Wenger berharap barisan jurulatih pembantu baharunya akan lengkap sebelum Julai ini yang menyaksikan The Gunners bakal memulakan persediaan pra musim bertemu Atletico Madrid, Chelsea dan bekas kelabnya, PSG.

Tags / Kata Kunci: Unai Emery , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan