Man United boleh 'kejar' Man City kalau... - Bola Sepak | mStar

Man United boleh 'kejar' Man City kalau...

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 7:43 AM

Gareth Bale (kiri) dan Jose Mourinho. Foto standardmedia.co.ke

(Ubah saiz teks)

GARETH Bale melakukan transformasi menjadi penyerang kelas dunia selepas memutuskan untuk menamatkan kariernya di Tottenham.

Menurut komentar di Mail Online UK, bekas bintang Liverpool, Jamie Redknapp berkata, sebagai pemain muda, Bale seorang atlet yang tangkas tetapi perlu menjalani banyak latih atau terus memerlukan rawatan fisioterapi akibat kecederaan yang dialaminya.

Apa yang diperlukan Bale adalah mengasah bakatnya dan mula percaya dia sudah cukup bagus.

Liga Juara-Juara menjadi platform kepada Gareth untuk menunjukkan bakatnya.

Dalam aksi final Liga Juara-Juara di Kiev, Ukraine pada Ahad, pemain Real Madrid itu membantu menewaskan Liverpool, sekali gus merangkul gelaran juara.

Semuanya kini tertumpu kepada 'kepulangannya' ke Liga Perdana Inggeris.

Menurut Redknapp, banyak pengurus yang bagus, tetapi apa yang diperlukan adalah pemain yang berkemahiran luar biasa.

Berdasarkan komentar terdahulu, saya memberitahu sekiranya Manchester United mahu menghentikan corak permainan yang membosankan, pengurusnya, Jose Mourinho perlu mendapatkan Bale.

Selepas kemenangan Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara, Mourinho sepatutnya terus menghubungi ketua eksekutif Manchester United, Ed Woodward.

Dengan keputusan untuk membeli Bale, para penyokong Manchester United akan percaya pasukan itu dapat mengejar Manchester City musim akan datang.

Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris, dan Manchester United berada di tangga kedua dalam kedudukan liga. - Mail Online UK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan