Adik-beradik pakai tongkat - Bola Sepak | mStar

Adik-beradik pakai tongkat

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2018 12:08 PM

Alex (kiri) bersama adiknya yang juga terpaksa memakai pendakap kaki.

(Ubah saiz teks)

ALEX Oxlade-Chamberlian dan Christian terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Alex,24, merupakan pemain tengah Liverpool terlepas peluang beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara dan Piala Dunia selepas menderita kecederaan lutut ketika saingan separuh akhir bertemu Roma baru-baru ini.

Manakala adiknya pula yang bermain bersama Portsmouth mengalami patah kaki ketika menjalani sesi latihan April lalu sekaligus memaksa dia berehat selama tiga bulan.

Berikutkan situasi itu, kedua-dua beradik ini berkongsi gamabr mesti berada di atas sofa dengan kaki masing-masing memakai pendakap kaki.

"Bukan masa baik buat adik beradik Oxlade-Chamberlain buat masa ini, tetapi kami akan kekal positif!"

Bagaimana pun Alex akan tetap menyokong rakan sepasukannya menentang Real Madrid awal pagi Ahad ini (waktu tempatan, 2.45pg).

Selepas itu dia sekali lagi akan menjadi penyokong England pada aksi Piala Dunia menjelan perlawanan bertemu Tunisia 18 Jun ini.

Tags / Kata Kunci: ALEX Oxlade-Chamberlian , Christian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan