"Saya tinggi, Salah..." - Bola Sepak | mStar

"Saya tinggi, Salah..."

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 7:11 PM

(Ubah saiz teks)

PERANG psikologi di antara pemain Liverpool dan Real Madrid semakin rancak menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu ini.

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menolak sebarang perbandingan dengan pemain Liverpool Mohamed Salah.

Kedua-dua pemain ini menjadi harapan kepada kelab masing-masing musim ini dengan 43 jaringan untuk Real Madrid dan 44 gol buat The Reds.

Ronaldo dan Salah dijangka menjadi calon untuk untuk merebut anugerah Ballon d'Or 2018.

Namun Ronaldo memberitahu tidak perlu untuk membuat perbandingan di antara mereka, terutamanya dari segi saiz fizikal mereka.

"Orang membuat perbandingan saya dengan pemain lain. Saya berbeza dengan semua. Salah juga berbeza daripada orang lain. Jadi kami adalah berbeza.

"Dia bermain dengan kaki kiri, saya pula kanan, saya tinggi, dia sedikit pendek. Saya bermain menggunakan kepala, anda tahu...kami amat berbeza.

"Tetapi saya perlu beritahu bahawa musim ini amat menakjubkan, namun Sabtu ini...mari kita lihat, jelasnya kepada BT Sport.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Salah , Liga Juara-Juara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan