Juventus tawar Mandzukic kepada United - Bola Sepak | mStar

Juventus tawar Mandzukic kepada United

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

JUVENTUS menawarkan penyerangnya Mario Mandzukic kepada Manchester United.

Mandzukic menghabiskan masa selama tiga tahun di Juventus dan difahamkan dia mahukan cabaran baharu dalam kariernya.

Pada masa sama, Jose Mourinho pula amat meminati Mandzukic dan berhasrat untuk mendapatkan khidmat bintang Croatia itu.

Dan Daily Mail kini mendakwa Juventus telah bertanyakan kepada United jika mereka mahu mengikat pemain tersebut.

Mandzukic, 32, yang pernah mewakili Bayern Munich dan Atletico Madrid dianggarkan bernilai 12 juta pound.

Mourinho mahu memantapkan jentera serangan United musim depan dan Mandzukic dilihat pemain terbaik untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

Meskipun berminat terhadap Mandzukic, Mourinho turut mahu mendapatkan khidmat beberapa pemain pertahanan pada musim panas ini.

Tags / Kata Kunci: Mario Mandzukic , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan