Unai Emery sah pengurus baharu Arsenal! - Bola Sepak | mStar

Unai Emery sah pengurus baharu Arsenal!

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2018 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL menamakan Unai Emery sebagai pengurus baharu selepas 22 tahun, pada Rabu selepas Arsene Wenger meninggalkan kelab itu pada penghujung kempen lalu.

Laman web rasmi kelab itu berkata, pengurus berusia 46 tahun itu akan menjadi ketua jurulatih selepas menghabiskan masa selama dua tahun bersama Paris St Germain (PSG).

Ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis yang membuat pengumuman itu berkata: "Unai memiliki rekod kejayaan yang memberansangkan sepanjang kariernya, dia turut membangunkan bakat muda terbaik di Eropah selain menunjukkan permainan yang mengujakan, progresif dan sempurna buat Arsenal.

Sebelum ini, Wenger mengendalikan kelab itu sejak 1996 dan terpaksa meninggalkan kelab itu dengan kekecewaan apabila Arsenal terpaksa berpuas hati di tangga ke enam dalam Liga Perdana Inggeris, sekaligus hilang kelayakan ke Liga Juara-Juara untuk dua musim berturut-turut.

Emery berkata, dia teruja untuk mengikut jejak Wenger dan sudah memulakan babak baharu untuk kelab tersebut.

"Saya teruja untuk menyertai salah satu kelab terbaik dalam permainan. Arsenal dikenali dan disayangi di seluruh dunia kerana corak perlawanan, komitmen diberikan pemain mudanya, stadium yang hebat dan cara kelab ini dikendalikan," katanya.

Sebelum bertugas di PSG, Emery menghabiskan tiga musim di Sevilla dan membawa kelab Sepanyol itu merangkul gelaran juara Liga Eropah sebanyak tiga kali berturut-turut. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Unai Emery
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan