Kedah kena tunggu lagi - Bola Sepak | mStar

Kedah kena tunggu lagi

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 7:50 AM

Foto kredit: Kedah FA

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) terpaksa menunggu sehingga 27 Mei ini untuk mengesahkan perkhidmatan penyerang baharunya yang merupakan pemain kelahiran Brazil.

Ini kerana, Paolo Rangel perlu menghabiskan satu perlawanan bersama kelabnya di Thailand sebelum diberikan surat pelepasan bagu urusan pendaftaran Liga Malaysia.

Menurut sumber KFA, Rangel telah tuba di Alor Setar dan selesai melakukan pertemuan dengan pihak pengurusan, namun perlu kembali ke kelabnya untuk perlawanan akhir pada 26 Mei ini.

Difahamkan, Rangel akan hanya diberi surat pelepasan menyertai Kedah selepas beraksi dalam perlawanan tersebut.

Berikutan itu, Kedah terpaksa melupakan khidmat penyerang berkenaan dalam dua perlawanan penting menentang Pahang dan Selangor minggu ini.

“Tentang kecergasan Rangel, ia tidak menjadi masalah kerana dia sedang beraksi bersama kelabnya ketika ini dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Cuma kita diberitahu untuk tunggu sehingga selepas perlawanan pada hujung minggu ini untuk menandatangani kontrak dan urusan pendaftaran. Kelabnya akan memberikan surat pelepasan selepas perlawanan itu.

"Oleh itu kita akan meneruskan dua perlawanan penting ini tanpa kelibat Rangel.

Ini bukanlah masalah besar kerana kita juga mempunyai pemain tempatan berkualiti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pablo Pallares," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof mengakui lega dengan kehadiran Andik Vermansah yang telah pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun jelasnya, seorang lagi import, Sandro Da Silva masih cedera dan tidak akan diturunkan ketika menentang Pahang di Stadium Darul Aman pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Paolo Rangel. Kedah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan