Lewandowski bakal ganti Morata di Chelsea - Bola Sepak | mStar

Lewandowski bakal ganti Morata di Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2018 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski sedang mempertimbangkan untuk pindah ke Chelsea pada musim panas ini, lapor The Express.

Ini bukan kali pertama pemain kelahiran Poland itu dikaitkan dengan Stamford Bridge, dan ia juga mingkin yang terakhir.

Bintang berusia 29 tahun itu menjadi ancaman besar kepada kelab gergasi Jerman sejak perpindahan kontroversinya dari Borussia Dortmund pada 2014.

Musim ini dalam Liga Juara-Juara, penyerang iti berada di bawah par selepas Bayern ditendang keluar oleh Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir.

Kini, dia mungkin sedang memikirkan tentang masa depannya selepas The Express bercakap dengan ejennya, Pini Zahavi mengenai perpindahan ke Chelsea.

Jika Lewandowski ingin menguji dirinya dalam Liga Perdana Inggeris, Chelsea adalah 'destinasi' yang baik.

Penyerang Poland itu mungkin akan menggantikan Alvaro Morata, yang hanya menjaringkan tiga gol dalam 22 penampilannya bersama The Blues.

Dalam pada itu, masa depan pengurus Chelsea, Antonio Conte masih samar-samar dan mungkin menyebabkan Lewandowski rasa kurang senang untuk menyertai The Blues.

Tags / Kata Kunci: Robert Lewandowski
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan