Kedah dapat penyerang baharu - Bola Sepak | mStar

Kedah dapat penyerang baharu

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2018 4:10 PM

Rangel pernah memperkuat Selangor.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG baharu Kedah dijangka tiba di Alor Setar pada Ahad bagi menggantikan Pablo Pallares yang terpaksa disingkirkan apabila didakwa gagal membantu skuad hijau kuning sebagai seorang penyudah.

Paolo Rangel akhir menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berdasarkan pengalamannya yang pernah beraksi di Liga Malaysia termasuk mewakili kelab-kelab terbaik di negara ini.

Rangel merupakan salah seorang daripada dua penyerang yang menjadi pilihan Kedah apabila Zarko Korac gagal memikat Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof.

Seorang Pegawai Tertinggi KFA mendedahkan, Rangel dijangka dapat menyelesaikan masalah penyudah yang membelenggu barisan hadapan Kedah sehingga gagal ke pusingan seterusnya dalam aksi Piala FA.

Tugas Rangel juga dijangka tidak begitu sukar untuk bersama Kedah kerana pemain kelahiran Brazil itu pernah beraksi bersama Andik Vermansyah ketika mewakili Selangor.

“Selepas meneliti perlawanan sebelum ini kita dapat Kedah memerlukan penyerang yang dapat menjalankan tugasnya sebagai penyudah dengan baik dan oleh sebab itu kita mendapatkan Rangel.

“Dengan gabungan dua pemain Brazil iaitu Rangel dan Sandro Da Silva termasuk import dan pemain tempatan lain, KFA mengharapkan Kedah akan kembali bersaing mendapatkan kedudukan lebih baik dalam Liga Super," katanya kepada mStar Online.

Menurut pegawai tersebut, KFA turut menantikan kehadiran presiden baharu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bakal memantapkan lagi pasukan itu bagi mengekalkan status sebagai sebuah pasukan yang digeruni.

Mukhriz pernah bergelar presiden KFA sebelum digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau kembali menerajui KFA selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.

Dengan kehadiran Mukhriz, penyokong turut menantikan perubahan terhadap KFA yang dapat menjadikan bola sepak Kedah lebih baik .

Tags / Kata Kunci: Paolo Rangel , KFA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan