Kontrak Ken Ilso ditamatkan - Bola Sepak | mStar

Kontrak Ken Ilso ditamatkan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2018 3:40 PM

Ken Ilso Larsen.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) telah menamatkan kontrak penyerang import dari Denmark, Ken Ilso Larsen berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAP di sini Sabtu, Larsen, 31, dilepaskan secara persetujuan bersama untuk penamatan kontrak itu.

"Pihak kami amat berterima kasih dan sangat menyanjungi sikap profesionalisme beliau sepanjang hampir lima bulan bersama kami," menurut kenyataan itu.

Bekas penyerang prolifik Kedah yang meledak 21 gol bersama pasukan Hijau Kuning itu pada musim lalu menandatangani kontrak secara rasmi dengan FAP pada 16 Januari lepas.

Sementara itu, FAP turut mengumumkan dua lagi pemain pasukan itu iaitu Azinee Taib dan Arman Fareez juga sudah tidak lagi bersama pasukan Harimau Kumbang.

"Azinee telah ditamatkan kontraknya manakala Arman telah dipinjamkan ke UiTM FC. Pihak FAP ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga pemain terbabit," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAP , Ken Ilso Larsen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan