Klopp bawa masuk semula Lijnders - Bola Sepak | mStar

Klopp bawa masuk semula Lijnders

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2018 8:17 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp bersedia membawa masuk bekas jurulatih pembangunan skuad utama Liverpool Pepijn Lijnders kembali ke Anfield selepas peletakan jawatan mengejut Zeljko Buvac bulan lalu.

Pengurus Serbia yang pernah bekerjasama dengan Klopp sejak di Mainz 17 tahun lalu, meninggalkan Liverpool sebelum aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Roma.

Kini Buvac membawa haluannya sendiri dan turut dikaitkan dengan Arsenal dan Frankfurt FC di Jerman.

Namun The Gunners akan melantik Mikel Arteta sebagai pengganti Arsene Wenger manakala pengurus Young Boys, Adi Hutter menjadi calon pilihan untuk menerajui Frankfurt FC.

Menurut Daily Mail, walaupun Buvac tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini, Liverpool sedang berusaha untuk memantapkan kakitangan sokongan mereka tanpa Buvac.

Malah, Klopp sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk semula khidmat Lijnders yang meninggalkan kelab itu pada Januari lalu untuk mengemudi NEC Nijmegan.

Selepas gagal berentap ke saingan divisyen dua Belanda, Lijnders kini telah meninggalkan Nijmegan.

Klopp masih lagi berhubung dengan Lijnders dan Liverpool sedang mempertimbangkan semula khidmatnya bagi mengisi posisi ditinggalkan Buvac.

Bagaimanapun, pelantikan itu hanya akan dibuat selepas Liverpool mengharungi aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Sabtu depan.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Pepijn Lijnders
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan