Man City juara EPL, tapi Man United dibayar lebih tinggi - Bola Sepak | mStar

Man City juara EPL, tapi Man United dibayar lebih tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2018 7:26 AM

Manchester City. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

JUARA Liga Perdana Inggeris, Manchester City memperoleh hadiah wang tunai hampir £150 juta (RM805.6 juta), dengan angka rasmi yang mendedahkan pasukan itu menerima £149,438,654 (RM802 juta), hanya daripada dana pusat.

Ganjaran itu diperoleh daripada tawaran televisyen kepada liga itu tetapi turut termasuk saham Manchester City dalam pendapatan komersial pusat liga tersebut.

Bagaimanapun, jumlah yang diterima Machester City lebih rendah berbanding pesaing jirannya, Manchester United yang mendapat £149,767,145 (RM804 juta).

Manchester United menerima bayaran lebih banyak kerana mereka mempunyai lebih dua perlawanan secara langsung di televisyen dengan 28 kali di United Kingdom (UK) berbanding Manchester City iaitu 26 kali.

Manchester City menduduki tangga kedua bagi bayaran itu, diikuti Liverpool iaitu £145,904,609 (RM783 juta) dan Tottenham £144,446,238 (RM775 juta). - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan