Dua rancangan United demi dapatkan semula Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Dua rancangan United demi dapatkan semula Ronaldo

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo menjadi buruan Manchester United yang dilaporkan sudah mempunyai dua rancangan untuk mendapatkan khidmat bintang Real Madrid itu.

Pemain kebangsan Portugal itu dikaitkan dengan perpindahan semula ke Old Trafford pada Rabu.

Malah Ronaldo turut mengugut untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu yang masih enggan menaikkan gajinya sama seperti diperoleh Lionel Messi dan Neymar.

Ronaldo meninggalkan United pada 2009 tetapi Red Devils masih berminat terhadapnya dan berhasrat untuk membawa pulang pemain itu pada masa hadapan.

Dan kini, akhbar Sepanyol Diario Gol berkata Jose Mourinho mempunyai dua rancangan dalam usaha membawa masuk Ronaldo.

Pertama, katanya United akan memasukkan Paul Pogba dalam rundingan bersama Real Madrid.

Hubungan Pogba dan Mourinho semakin dingin sejak kebelakangan ini.

Malah United akan mengemukakan bidaan sekitar 142 juta pound sterling untuk mendapatkan semula khidmat Ronaldo jika Real menolak Pogba bersama dalam tawaran tersebut.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan