Moyes tinggalkan West Ham - Bola Sepak | mStar

Moyes tinggalkan West Ham

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 9:22 PM

(Ubah saiz teks)

WEST Ham secara rasminya telah berpisah dengan David Moyes.

Moyes telah mengadakan perjumpaan bersama naib Pengerusi Kelab, David Sullivan dan tidak akan meneruskan tugasnya sebagai pengurus musim depan

Kontrak Moyes bakal berakhir Ahad ini.

Pembantu Moyes seperti Alan Irvinem Billy McKinlay dan Stuart Pearce turut meninggalkan kelab.

Pengurus kelahiran Scotland itu memikul tugas di West Ham pada November lalu untuk memastikan kekal dalam saingan Liga Perdana.

Namun pengendali berusia 55 tahun itu agak kecewa dengan beberapa perkara berkaitan pengurusan kelab.

Moyes mengambil alih Hammers yang ketika itu berada di kedudukan ke-18 liga.

Selain itu, West Ham mendedahkan akan melantik pengurus yang lebih berkaliber tinggi dalam tempoh sepuluh hari.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada David Moyes dan pembantinya yang telah mencapai sasaran untuk mengekalkan West Ham dalam Liga Perdana.

"Sepanjang tempoh itu, David telah menjalankan tugasnya dengan penuh bermaruh dan jujur dan kami berbangga dapat bekerjasama dengannya," ujar Sullivan dalam satu kenyataan.

West Ham menamatkan saingan musim ini di kedudukan ke-13 liga.

Tags / Kata Kunci: West Ham , David Moyes
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan