Arteta mahu Cazorla sebagai pembantu - Bola Sepak | mStar

Arteta mahu Cazorla sebagai pembantu

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

MIKEL Arteta mengadakan rundingan dengan Arsenal bagi menggantikan posisi Arsene Wenger dan mahukan bekas rakan sepasukannya sebagai pembantu.

Arsenal sedang berusaha mencari pengganti Wenger yang menamatkan karier selama 22 tahunnya di Emirates sebelum aksi sepak mula Piala Dunia.

Meskipun jurulatih berpengalaman seperti Max Allegri (Juventus) dan bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique dikaitkan dengan kekosongan itu, Arteta kini dinamakan sebagai calon pilihan.

The Independent melaporkan peluang Arteta untuk menggantikan Wenger menunjukkan perkembangan positif selepas rundingan baharu diadakan bersama Arsenal.

Bagaimanapun Arteta mahu Santi Cazorla sebagai pembantunya dengan pemain kelahiran Sepanyol itu ditawarkan jawatan sebagai jurulatih pemain.

Arteta turut mempertimbangkan pembantu Wenger, Steve Bould sebagai kakitangannya.

The Gunners sudah melepaskan beberapa kakitangan sokongan Wenger seperti Boro Primorac dan Arteta mahu membawa masuk sekurang-kurangnya tiga individu yang dilantiknya sendiri.

Walaupun Arteta kini menjadi pilihan utama Ivan Gazidis, lembaga pengarah Arsenal masih mahu mengadakan perbincangan dengan beberapa calon lain sebelum pengganti sebenar Wenger dimuktamadkan.

Tags / Kata Kunci: Mikel Arteta , Santi Cazorla
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan