Adakah Neymar gembira di PSG, ini jawab Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Adakah Neymar gembira di PSG, ini jawab Ronaldo

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2018 7:21 AM

Neymar (kiri) menerima trofi kemenangannya sebagai pemain terbaik Ligue 1 musim ini, yang disampaikan oleh Ronaldo. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENYERANG legenda Ronaldo meragui masa depan Neymar di Paris Saint-Germain (PSG) dengan mengatakan 'Saya tidak tahu adakah dia gembira di sini di Paris atau tidak'.

Neymar telah lama diperkatakan untuk kembali ke Sepanyol tetapi mengakui dia bosan dengan spekulasi mengenai masa depannya dikaitkan dengan Real Madrid.

Neymar, yang kini sedang mempersiapkan diri untuk Piala Dunia di Rusia, menerima trofi sebagai pemain Ligue 1 terbaik musim ini pada Ahad malam.

Trofi kemenangan itu disampaikan oleh bekas penyerang Real Madrid dari negara kelahirannya Brazil, Ronaldo.

Pemenang Piala Dunia sebanyak dua kali itu memuji Neymar di atas apa yang dilakukan pemain Brazil itu musim ini.

Bagaimanapun, beliau menyentuh mengenai spekulasi bahawa Neymar boleh meninggalkan PSG.

"Neymar telah memberikan banyak kepada Perancis, tetapi juga Ligue 1," kata Ronaldo.

"Saya fikir dia membawa begitu banyak. Bukan sahaja bakatnya, tetapi jenamanya. Semua orang bercakap tentang PSG dan liga di seluruh dunia. 

"Dia adalah pemain yang sangat baik, dan semua orang bercakap mengenainya.

"Neymar telah berada di sini selama setahun dan dia tidak bernasib baik dengan kecederaan yang dialaminya.

"Saya tidak tahu sama ada dia gembira di sini di Paris atau tidak, tetapi kehidupan diteruskan. Kita perlu menunggu dan melihat apa yang berlaku," kata Ronaldo.

Neymar telah menjaringkan 28 gol dalam 30 penampilannya sejak menyertai PSG dari Barcelona pada musim panas lalu. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Neymar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan