Guardiola rela 'lepaskan' Arteta - Bola Sepak | mStar

Guardiola rela 'lepaskan' Arteta

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2018 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

NAMA Mikel Arteta dan Julian Nagelsmann kini dikaitkan sebagai calon utama untuk menggalas tugas sebagai pengurus Arsenal, lapor Sky Sports News.

Arteta merupakan penolong Pep Guardiola di Manchester City manakala Nagelsmann bertugas sebagai pengurus Hoffenheim.

Nama mereka mendahului pencalonan itu setelah pengurus Juventus, Massimiliano Allegri menyatakan dia akan kekal di Juventus kecuali dipecat.

Difahamkan, Arsenal belum memulakan langkah secara rasmi untuk mendekati legenda kelab Patrick Vieira atau Thierry Henry.

Bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique dilaporkan turut berminat untuk menggantikan Arsene Wenger di Emirates, namun jumlah gaji yang diminta membuatkan dia ditolak.

Kelab itu dijangka memulakan proses temuduga minggu ini dalam mencari pengurus baharu sebelum berlangsungnya Piala Dunia pada 14 Jun ini.

Menurut Guardiola, dia tidak akan menjadi penghalang kepada Arteta jika dipanggil Arsenal.

Katanya lagi, dia juga akan menjadi "orang paling gembira di dunia" jika rakan sepasukannya kekal Manchester City.

Sebelum ini, Nagelsmann turut dikaitkan dengan tugasan di Arsenal namun dia bertindak menjauhkan diri dan tidak menerimanya. 

Tags / Kata Kunci: Arteta , Pep , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan