Nama Messi dilarang sebut dalam rumah Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Nama Messi dilarang sebut dalam rumah Ronaldo

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2018 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN panas di antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bukan sahaja diperkatakan di padang, sebaliknya hingga ke rumah.

Mereka tidak bergaduh antara satu sama lain, tetapi dua pemain terbaik dunia ini bukanlah rakan baik yang menghabiskan masa bersama di luar padang.

Menurut kakak bintang Real Madrid itu, Katia mendedahkan nama Messi tidak dibenarkan disebut di dalam rumah Ronaldo.

"Kami tidak berbincang atau menyebut nama Messi di dalam rumah.

"Cristiano tahu perkara di luar rumah, dan apabila masuk sahaja rumah dia melindunginya.

"Itulah caranya dia 'mengecas semula' baterinya."

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Messi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan