Pengurus baharu Arsenal bakal diumum sebelum Piala Dunia - Bola Sepak | mStar

Pengurus baharu Arsenal bakal diumum sebelum Piala Dunia

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2018 9:34 AM

Julian Nagelsmann

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dijangka mengumumkan pengurus baharunya sebelum aksi Piala Dunia.

Mikel Arteta, Patrick Vieira dan Julian Nagelsmann dilaporkan sudah pun ditemuduga dan keputusan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.

Manakala jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri masih dalam perbincangan.

Jangkaan pengurus muda Nagelsmann,30, lebih menjadi tumpuan bagi memastikan dinasti pengurusan yang lebih panjang berbanding dengan kontrak pengurus yang bertukar setiap dua atau tiga tahun.

Thierry Henry

Sementara itu, Joachim Low diketepikan kerana memberi tumpuan kepada skuad Piala Dunia.

Malah bekas pemaain legenda The Gunners, Thierry Henry akan bertemu pengurusan eksekutif dan dijangka bakal ditawarkan tugas, namun bukan sebagai pengurus.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , pengurus baharu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan