Penyokong perlu realistik -JM - Bola Sepak | mStar

Penyokong perlu realistik -JM

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2018 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menggesa penyokong setia Manchester United supaya lebih realistik.

Mourinho memberitahu agak sukar untuk mengejar Manchester City musim depan berikutan keputusan musim ini dengan kelebihan 19 mata skuad Pep Guardiola itu.

Jelas Mourinho, hanya kedudukan kedua liga yang mampu dikecapinya sejak Oktober lalu.

"Perbezaan mata sangat besar. Saya sentiasa yakin bahawa kebenaran dalam kejuaraan ini sentiasa benar.

"Ia berbeza dengan perlawanan kalah mati kerana kadang kala kita bernasib baik dan malang.

"Tetapi dalam liga dengan 38,40 perlawanan, realitinya kepada nombor. Kebenaran di anatara kedudukan kedua dan kelima, perbezaan tiga atau empat mata tetapi perbezaan posisi pertama dan kedua adalah 19.

"Realitinya adalah nombor. Adakah kita mampu merapatkan jurang itu dalam satu musim? Kita akan cuba," ujarnya menjelang perlawanan  terakhir liga bertemu Watford di Old Trafford malam ini.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan