Ronaldo jadi kartun adiwira - Bola Sepak | mStar

Ronaldo jadi kartun adiwira

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2018 8:51 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan melakonkan watak superhero dalam siri animasi kanak-kanak.

Striker Force 7 bakal menyaksikan Ronaldo mengetuai pasukan superhero yang dicipta Graphic India dalam pelbagai platform seperti komik, permainan video dan juga media lain.

Siri animasi itu turut dibandingkan dengan Space Jam, komedi animasi 1996 yang menampilkan bintang bola keranjang Michael Jordan, Bill Murray dan pelakon Looney Tunes.

"Dengan cara sama bola sepak menghubungkan budaya dan masyarakat di seluruh dunia, saya percaya watak-watak animasi dan adiwira boleh melakukan perkara sama.

"Oleh itu saya teruja untuk menyatukan keghairahan terhadap bola sepak dan watak adiwira menerusi projek ini dan berkongsi dengan peminat saya," kata Ronaldo.

Ronaldo turut mengikut jejak langkah beberapa bintang ternama yang mencuba nasib dalam bidang produksi filem dan televisyen.

Bintang NBA dan NFL, Drew Brees, Tony Parker, Derrick Brooks dan Michael Finley turut memiliki syarikat produksi mereka, Argent Pictures yang terlibat menghasilkan filem American Made dan Hacksaw Ridge yang pernah mendapat anugerah Oscar.

Dalam pada itu, Ronaldo turut menghasilkan drama baharu untuk Facebook yang akan mengikuti pengembaraan sebuah pasukan bola sepak wanita di New York.

Drama tersebut boleh ditonton menerusi Facebook Watch, platform video on demand rangkaian sosial tersebut.

Rancangan terbaharu itu akan menyertai beberapa drama yang boleh didapati menerusi Facebook Watch seperti Humans of New York, Skam Austin dan Emmy-nominated Mind of a Chef.

Tags / Kata Kunci: Stricker Force 7 , Cristiano Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan