Rangkul anugerah sebelum tersingkir dari Liga Perdana - Bola Sepak | mStar

Rangkul anugerah sebelum tersingkir dari Liga Perdana

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2018 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

DARREN Moore dipilih menerima anugerah pengurus terbaik untuk bukan April beberapa jam sebelum pasukan West Brom kendaliannya tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

Dia meraikan penganugerahan itu dengan merakam foto bersama 118 kakitangan termasuk pemain dan penyambut tetamu.

Namun kegembiraannya hanya dikecapi empat jam sahaja sebelum Swansea dikalahkan oleh Southampton.

Bekas pemain pertahanan itu ditugaskan untuk menguruskan skuad sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Alan Pardew.

Dia berjaya memungut lapan mata daripada empat perlawanan di bawah kendaliannya.

Moore turut bertanggungjawab untuk kemenangan ke atas Manchester United di Old Trafford, mengutip satu mata selepas kalah 2-0 di Liverpool dan menang 1-0 di Newcastle.

Lebih menarik, Moore juga menjadi pengurus kulit hitam kedua selepas Chris Hughton, memenanginya anugerah tersebut awal tahun ini.


The Baggies memerlukan sepuluh mata untuk keluar daripada zon penyingkiran ketika Moore mula  menggantikan Pardew pada awal April, setelah kekalahan 2-1 oleh Burnley.

Menerusi perlawanan pertama di bawah kendaliannya, mereka menang lapan kali berturut-turut, seri 1-1 dengan Swansea, sebelum kemenangan besar di Old Trafford, seri dengan Liverpool dan kemenangan di St James' Park.

Yang terakhir, mereka menewaskan Tottenham pada Sabtu, hasil ledakan Jake Livermore.

"Saya gembira, ia merupakan usaha bersama semua orang di sini.

"Saya berdiri di sini untuk menerima anugerah itu, tetapi seperti yang saya katakan tadi, ia merupakan usaha semua orang di Kelab Bola Sepak West Bromwich Albion.

"Sama-sama kita bekerja dan ianya sesuatu yang bagus untuk melihat peralihan ini sejak empat lima minggu  lalu dan semoga ianya berterusan," ujar Moore.

Namun itu ]ucapan itu sebelum mereka tersingkir dan bakal berkaki dalam liga kedua, Liga Kejuaraan Inggeris musim depan.

Tags / Kata Kunci: West Brom , Darren Moore
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan