Anugerah Kasut Emas: Terkini Messi dahului Salah - Bola Sepak | mStar

Anugerah Kasut Emas: Terkini Messi dahului Salah

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2018 11:00 AM

Salah (kiri), Messi dan Edinson Cavani (kanan) dalam senarai pesaing bagi merebut anugerah Kasut Emas Eropah musim ini.

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN pasukan Barcelona menerusi jaringan hatrik Lionel Messi di Deportivo pada Ahad lalu menyaksikan bintang sensasi itu mendahului Mohamed Salah dalam persaingan merebut anugerah Kasut Emas Eropah.

Hatrik ke-41 Messi membantu Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga dengan baki empat lagi permainan, meledak 550 gol untuk Barcelona menerusi 634 kemunculan.

Ia memberi 64 mata kepada pemain kelahiran Argentina itu, berbanding Salah yang lari dari sasaran apabila tujuh percubaannya dalam perlawanan di Stoke pada Sabtu lalu berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Messi yang memenangi kasut emas berkenaan pada musim lepas dengan catatan 37 jaringan bersamaan 74 mata, kini berada dalam kedudukan teratas untuk satu lagi gelaran individu dan mempunyai baki empat permainan berbanding Salah, dua perlawanan berbaki.

Di kedudukan ketiga ialah pemain Lazio, Ciro Immobile, hanya dua gol di belakang Salah dan tiga di belakang Messi.

Robert Lewandowski dari Bayern Munich berada di tangga keempat dengan catatan 28 gol (56 mata), Edinson Cavani dan Inter dari Mauro Icardi  dengan 27 gol (54 mata) dan penyerang Tottenham, Harry Kane pula berada di tangga ketujuh dengan 26 gol (52 mata).

Jika Messi kekal mendahului Salah, dia bakal menjadi pemain pertama yang memenangi kasut emas di European Golden Shoe sebanyak lima kali (2009/2010, 2011,2012, 2012/2013 dan 2016/2017.

Adakah Salah berupaya mendahului Messi menerusi beberapa baki perlawanan terakhir?

Jika dia berjaya, pemain berusia 25 tahun itu akan menjadi pemain pertama Liga Perdana yang dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah sejak  penyerang Liverpool, Luis Suarez, berkongsi anugerah itu dengan Christiano Ronaldo empat tahun yang lalu.

Ronaldo merupakan pemain terakhir dari Liga Inggeris yang memenangi kasut emas itu selepas menjaringkan 31 gol untuk membantu Manchester United memenangi kejuraaan Liga Perdana pada 2007/2008.-SkySports















Tags / Kata Kunci: Messi , Salah , kasut emas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan