Kad merah Vrsaljko ganggu peluang Arsenal - Bola Sepak | mStar

Kad merah Vrsaljko ganggu peluang Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2018 7:40 AM

Sime Vrsaljko dilayangkan kad merah seawal minit kesembilan.

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mendakwa tindakan buang padang yang dikenakan terhadap seorang pemain Atletico Madrid sepatutnya memberi kelebihan kepada Arsenal tetapi sebaliknya berlaku.

Menurut pengendali dari Perancis itu, tindakan tersebut ternyata menjejaskan peluang Arsenal untuk memenangi aksi separuh akhir pertama Liga Europa yang berlangsung awal pagi Jumaat.

The Gunners mendominasi perlawanan di Emirates selepas Sime Vrsaljko dilayangkan kad merah pada minit kesembilan.

Pasukan tuan rumah mempunyai beberapa peluang berharga sebelum Alexandre Lacazette membuka jaringan pada minit ke-61.

Namun benteng pertahanan Atletico ternyata sukar dibolosi Arsenal lebih-lebih lagi dengan kehebatan Jan Oblak yang berjaya menampan sembilan percubaan tuan rumah.

Anak buah Diego Simeone terus bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-82 menerusi jaringan Antoine Griezmann.

Peluang untuk kedua-dua pasukan mara ke final masih terbuka menjelang aksi separuh akhir kedua Khamis depan susulan keputusan seri awal pagi Khamis.

"Saya mesti katakan, sesekali mereka beraksi dengan 10 pemain ia memusnahkan kelancaran perlawanan ini.

"Ia tidak memberi kami kelebihan. Saya merasakan kami sudah mempamerkan persembahan yang sebenar tetapi keputusan tidak selari dengan prestasi pemain," kata Wenger.

Perlawanan itu turut menyaksikan Simone diarahkan meninggalkan padang dan menyaksikan persembahan anak buahnya dari tempat duduk pengarah di Emirates.

Simeone naik angin terhadap pengadil selepas Vrsaljko dilayangkan kad kuning kedua ketika memasuki minit ke-10 permainan.

Ia menjadikan Vrsaljko sebagai pemain terpantas dilayangkan kad merah dalam sejarah Liga Europa.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Liga Europa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan