Robin Van Persie mula bosan, mahu fikirkan masa depan - Bola Sepak | mStar

Robin Van Persie mula bosan, mahu fikirkan masa depan

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

ROBIN Van Persie memberi gambaran untuk bersara dan mengakui dalam hal berkaitan kerjaya, beliau perlu ikhlas dengan dirinya.

Bekas pemain Manchester United yang pernah bersama pasukan itu menjulang Liga Perdana Inggeris kini mahu melalui tempoh bersama kelab Feyenoord dalam suasana gembira.

Berusia 34 tahun, kelahiran Belanda ini menyertai kelab berkenaan Januari lalu selepas memutuskan untuk meninggalkan Fenerbache yang disertainya pada 2015.

Van Persie mengimbas memori ketika menyumbang gol untuk kemenangan pasukannya dan mengakui mula terfikir untuk menamatkan kerjayanya dalam bola sepak dan memikirkan masa depan.

"Ada ketikanya kita perlu iklas dengan diri sendiri - seperti sekarang.

"Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku selama ini - saya perlu tidur pada jam 10 malam tiap hari dan mengambil makanan yang sesuai pada masa tepat," kata Van Persie kepada penyiaran Belanda, NOS.

Tanpa berselindung Van Persie berkata, apa yang disumbangkannya dalam sukan adalah susulan daripada kepayahan yang dilaluinya.

"Ada kalanya untuk pulih seperti sedia kala mengambil masa yang lama, tidak seperti yang diharapkan hinggakan saya rasa bosan dengan keadaan yang saya lalui," katanya.

Kelabnya mahu beliau untuk terus bermain musim depan, dan bekas pemain antarabangsa Belanda ini berkata, dia akan cuba untuk terus bertahan sehingga mencecah usia 40 tahun.

"Saya sememangnya mahu melakukannya, tetapi kita perlu ikhlas pada diri sendiri dan orang lain tentunya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Hanya masa yang menentukan masa depan kita nanti," tambahnya.-Mirror.co.uk


Tags / Kata Kunci: Van Persie , Belanda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan