TMJ akan tinggalkan dunia bola sepak jika... - Bola Sepak | mStar

TMJ akan tinggalkan dunia bola sepak jika...

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 12:53 PM

Foto kredit: Johor Southern Tigers.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal membuat kejutan tidak lama lagi.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang kini berada di Eropah memberitahu pasukan JDT akan berubah sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air pada Rabu.

Dalam status terbaharunya di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa, beliau mendedahkan akan lepaskan segala-galanya yang berkaitan dengan bola jika pasukan tidak menunjukkan peningkatan.

"Saya akan pulang esok hari. Bukan sahaja pasukan akan berubah tetapi cuaca juga akan berubah. Tidak percaya? Kita lihat nanti. Haha...

"Baru-baru ini saya telah menandatangani dua pemain baharu kami.

"Pada bulan Mei nanti JDT akan menjadi sebuah pasukan yang berbeza.

"Jikalau prestasi pasukan tidak meningkat selepas ini sepertimana yang saya yakin, saya akan lepaskan segala-gala yang berkaitan dengan bola sepak untuk selama-lamanya.

"Ini kerana saya yakin mereka akan berikan persembahan terbaik."

Aksi  Harimau Selatan sejak kebelakangan ini dilihat seperti hilang taring berikutan kehilangan dua tonggak utamanya, Jorge Pereyra Diaz dan  Luciano Figueroa.

Biapun telah tersingkir daripada saingan Piala FA, namun skuad kendalian Raul Longhi masih menguasai puncak Liga Super serta meneruskan aksi dalam Piala AFC 2018.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail , JDT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan