Messi nasihat Neymar sertai United - Bola Sepak | mStar

Messi nasihat Neymar sertai United

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona Lionel Messi menasihati Neymar supaya meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) dan meneruskan karier bersama Manchester United.

Baru-baru ini timbul spekulasi bahawa pemain kebangsaan Brazil itu akan meninggalkan PSG pada musim panas ini walaupun baharu sahaja menyertai kelab Ligue 1 itu, Ogos lalu.

Neymar turut cemerlang bersama PSG apabila menjaringkan 28 gol dan membantu mencipta  13 peluang gol dalam semua perlawanan.

Namun, laporan mendakwa pemain itu tidak gembira dengan kehidupan di Paris dan bersedia meninggalkan kelab itu dan menyertai liga yang lebih kompetitif.

Menurut laporan Don Balon, Neymar akan meninggalkan PSG pada musim panas ini.

Malah, Neymar dikatakan ada menerima tawaran daripada United dan Real Madrid menjelang jendela perpindahan pemain bulan depan.

Pemain berusia 26 tahun itu juga bersedia untuk berhijrah ke Old Trafford atau Bernabeu pada hujung musim ini.

Namun, Messi yang juga bekas rakan pasukan Neymar menggesa bintang PSG itu supaya menyertai United.

Messi tidak mahu melihat Neymar menyarung jersi Real yang juga seteru Barca.

Neymar menyertai PSG pada Ogos lalu dengan perpindahan rekod dunia bernilai 200 juta pound sterling dari Barca.

Ketika ini dia terpaksa diketepikan PSG kerana bergelut dengan kecederaan kaki.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Neymar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan