Mourinho tutup mulut pengkritik - Bola Sepak | mStar

Mourinho tutup mulut pengkritik

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2018 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menyelar pihak-pihak yang mengkritik dirinya serta skuad Manchester United.

Pengendali Portugis itu memberitahu skuadnya memang layak berada dalam saingan akhir Piala FA selepas menyingkirkan Spurs awal pagi Ahad.

United menewaskan Hotspur 2-1 sekaligus mara ke final buat kali ke-20 dan menyamakan rekod yang dicatat Arsenal musim lalu.

"Ia merupakan final keempat dalam tempoh tiga tahun. jadi, ia mungkin mendapat banyak kritikan.

"Anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu kenapa terlalu banyak kritikan terhadap kami? Kami boleh menamatkan saingan Liga Perdana di tempat kedua.

"Dengan menentang pasukan yang hebat, ia dianggap kejayaan untuk kelab dan ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh beberapa tahun. Kami layak untuk ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Jose mourinho , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan