Klopp sindir West Brom sesuai main dalam Liga Kejuaraan - Bola Sepak | mStar

Klopp sindir West Brom sesuai main dalam Liga Kejuaraan

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2018 8:12 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp menyalahkan padang dan pengadil pada aksi seri 2-2 bertemu West Brom awal pagi Ahad.

Gol pertama Danny Ing selepas 2015 dan Mohamed Salah meletakkan The Reds di depan lawan, namun Jake Livermore dan Salomon Rondon memusnahkan impian Klopp meraih tiga mata penuh.

Klopp menyalah padang kering dan pengadil yang menyebabkan mereka mencatat seri.

"Saya tidak gembira dengan padang. Ia perlawanan sengit, lebih-lebih lagi keadaan semakin kering.

"Kami sentiasa mendapat bola tetapi ia bukan mudah.

"Jelas sekali West Brom tidak mahu membasahkan padang mereka pada rehat babak kedua.

"Jika padang terlalu kering, anda tidak boleh menghantar bola dengan jarak tiga atau empat ela.

"Mereka boleh bermain dengan padang kering dalam saingan Liga Kejuaraan. Itulah yang sepatutnya dan kami terpaksa menerima keadaan ini," ujar Klopp.

West Brom bakal tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan apabila kini berada di tangga tercorot liga.

Manakala Liverpool ditangga ketiga dengan mengumpul 71 mata.

Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan