Pemilik Chelsea intai pengurus muda ganti Antonio Conte - Bola Sepak | mStar

Pemilik Chelsea intai pengurus muda ganti Antonio Conte

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2018 6:48 PM

Roman Abramovich

(Ubah saiz teks)

CHELSEA bakal dibimbing pengurus muda sekiranya Antonio Conte sah meninggalkan Stamford Bridge tamat musim ini.

Pemilik kelab, Roman Abramovich meneriman beberapa nama jurulatih elit Eropah seperti Maurizio Sarri, Luis Enrique dan Leonardo Jardim untuk mengisi kekosongan  musim depan.

Menurut laporan The Telegraph, Abramovich teruja dengan sentuhan Mauricio Pochettino yang memberi kesan besar kepada Spurs.

Dia memberitahu, sentuhan seimbang dalam menjadikan jurulatih model yang memperkenalkan pemain-pemain muda dalam skuad utama menjadi tarikan dalam penyelesaian bola sepak untuk tempoh panjang.

Julian Nagelsmann

Dalam masa sama, penasihat telah memberitahu Abramovich bahawa pengendali Roma, Eusebio Di Francesco, pengurus Hoffenheim Julian Nagelsmann dan David Wagner (Huddersfield) patut diberi peluang.

Di Francesco yang hanya bersama Roma musim lalu telah mengejutkan dunia bola sepak apabila membawa skuad itu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Barcelona.

Bekas pemain Roma berusia 48 tahun itu (1997-2001) kembali sebagai pengurus dari Saasuolo yang membawa skuad Serie B itu ke Liga Europa dalam tempoh lima tahun kontraknya.

Manakala Nagelsmann, 30, menrupakan pengurus Hoffenheim sejak 2015 ketika berusia 28 tahun dan telah membawa skuad itu ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah musim ini.

 Maurizio Sarri

Namun disingkirkan Liverpool pada pusingan kelayakan.Mereka kini berada di kedudukan keenam Bundesliga.

Jurulatih muda itu mempunyai visi jangka panjang dan sudah tentu sesuatu yang Abramovich cuma gunakan sebelum dia melantik Andre Villa-Boas sebagai pengurus pada Jun 2011.

Pengendali Portugis  berusia 33 tahun itu tiba di Stamford Bridge selepas membawa Porto yang mempunyai rekod tanpa tewas ke liga dan merangkul dua kali trofi dan turut memenangi Liga Europa.

Namun di London, Villas-Boas berdepan dengan situasi sukar ketika menguruskan tiga pemain senior seperti John Terry , Frank Lampard dan Didier Drogba.

Dia dipecat selepas sembilan bulan pada Mac 2012 dengan rekod 12 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Roman Abramovich , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan