Pogba boleh angkat kaki - Bola Sepak | mStar

Pogba boleh angkat kaki

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2018 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho nampaknya bersedia melepaskan Paul Pogba ke kelab lain pada musim panas ini.

Pengendali kelahiran Portugal itu sudah hilang sabar dengan Pogba yang turut dimasukkan dalam senarai pemain untuk dijual.

Pogba semakin hampir meninggalkan Old Trafford selepas Pep Guardiola baru-baru ini mendedahkan pemain itu ditawarkan untuk menyertai Manchester City pada Januari.

Hubungan Pogba dan Mouriho renggang musim ini dengan pemain berusia 25 tahun itu dikeluarkan ketika tewas kepada West Brom di gelanggang sendiri, Ahad lalu.

Pogba dilaporkan bergelut untuk cergas dibawah pimpinan Mourinho dan tidak berada pada prestasi yang diharapkan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada dia akan diturunkan ketika berkunjung ke Bournemouth Rabu ini.

Lebih teruk, peluangnya untuk diturunkan ketika United berdepan Tottenham pada aksi separuh akhir Piala FA, Sabtu ini juga masih samar.

"Apa kriteria untuk seorang pengurus memilih sebuah pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria. Ia menerusi cara mereka beraksi, itu saja cara saya pilih pemain.

"Atau adakah anda mahu saya pilih berdasarkan harga mereka atau gaji mereka atau wajah mereka? Hanya satu saja caranya iaitu prestasi mereka," katanya.

Selain Pogba, turut berada dalam senarai pemain untuk dijual adalah Anthony Martial, Matteo Darmian dan Daley Blind.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan