Mourinho sedia gugur pemain pada separuh akhir Piala FA Inggeris - Bola Sepak | mStar

Mourinho sedia gugur pemain pada separuh akhir Piala FA Inggeris

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2018 8:45 AM

Foto dari Reuters

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho bersedia menggugurkan beberapa pemainnya untuk perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford  pada Sabtu.

Dia membuat keputusan itu selepas tewas kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion pada Ahad lalu.

United tumbang 1-0 di laman sendiri pada perlawanan tersebut sekaligus membolehkan Manchester City meraih gelaran juara liga.

Kata Mourinho, pasukannya adalah 'jaguh komplikasi'.

Ketika ditanya sama ada dia akan membuat giliran antara pemain pada perlawanan menentang Bournemouth pada Rabu, Mourinho menegaskan bahawa beberapa pemain yang bermain menentang West Brom akan ditampilkan semula di Bournemouth kerana mereka kalah di separuh akhir.

United tumpas 0-1 kepada West Brom pada perlawanan Ahad lalu. - AFP

"Penggiliran bukan perkataan yang sesuai. Kalau pemain yang bermain menentang Bournemouth itu luar biasa, dia akan bermain pada separuh akhir.

"Jadi ia bukan bergilir-gilir kerana ia nampak seperti pemain yang menentang Bournemouth memberi masa kepada pemain yang akan menentang Spurs untuk berehat sebelum perlawanan separuh akhir.

"Perkataan yang betul adalah peluang. Bagi sesetengah pemain adalah mereka ingin bermain dan cuba mendapat tempat untuk menentang Spurs.

"Tapi sesetengah yang bermain pada Ahad lalu tidak mendapat tempat dalam pasukan ini," kata Mourinho kepada The Independent.

Ketika diminta mengulas lanjut sama ada dia bermaksud pemain yang mempamerkan aksi mengecewakan ketika menentang West Brom tidak akan bermain menentang Tottenham, Mourinho berkata: "Yeah. Apakah kriteria untuk seorang pengurus memilih pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria iaitu cara kamu bermain.

"Atau anda mahu saya nyatakan harga mereka, atau gaji mereka, atau ketampanan wajah mereka? Satu-satunya cara adalah prestasi." - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan