Dong Hyun pemain terbaik Februari - Bola Sepak | mStar

Dong Hyun pemain terbaik Februari

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2018 6:14 PM

Do Dong Hyun.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pasukan Kelantan FA, Do Dong Hyun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my bagi edisi Februari 2018.

Dong Hyun meraih anugerah itu selepas menerima undian tertinggi iaitu 51.52% (3,949 Undi).

Dia mengalahkan empat calon lain iaitu Tchétché Kipré dari Terengganu FC 23.51% (1,802 Undi), Natxo Insa dari Johor DT 13.42% (1,029 Undi), Rufino Segovia dari Selangor FA 6.59% (505 Undi) dan Mahali Jasuli dari PKNS FC 4.96% (380 Undi).

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my selain wang tunai berjumlah RM1500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade.

“Saya tidak menyangka akan memenangi anugerah ini kerana bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya, namun begitu saya amat gembira dengan pengiktirafan yang telah diberikan ini.

“Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan yang memberikan komitmen terbaik dan tidak lupa juga kepada semua penyokong yang menterjemahkan sokongan ini kepada undian," katanya.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya di Subang Jaya pada Selasa dalam majlis yang turut dihadiri Bendahari PFAM, Rudie Ramli, Exco PFAM, Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Do Dong Hyun , Kelantan FA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan